Objektif Tabung Baitulmal Sarawak

Objektif Korporat TBS merangkumi:

  • Menyumbang dalam pembangunan ummah melalui program mengukuhkan tradisi keilmuan, memantapkan kebajikan ummah dan membangunkan Institusi Islam.
  • Menggemblengkan tenaga kerja profesional dan agama untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan.
  • Memudahcarakan pengurusan zakat, sadaqatul jariah dan wakaf dengan menyediakan prasarana yang diyakini oleh masyarakat melalui pendekatan Pengurusan holistik ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi.
  • Memperkukuhkan asas kekuatan ekonomi Tabung Baitulmal Sarawak dengan meneroka peluang yang strategik dan berpotensi dalam aktiviti perkembangan modal dan hartanah yang berdaya maju.